1.0 Pendahuluan
Budaya
sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya dan struktur organisasi di sekolah yang mempengaruhi dan memberi kesan
kepada proses pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah. Budaya
sekolah ini lebih merujuk kepada cara dan gaya guru dan staf bekerja dalam satu
kumpulan serta merupakan sebahagian budaya masyarakat kerana sekolah itu lahir
daripada keperluan masyarakat. Semua pelajar sekolah terus didedahkan kepada
norma, nilai, simbol dan bahasa yang akan mencorak masa depan mereka.
Di dalam budaya sekolah ini, terkandungnya corak idea, norma, pemikiran,
dan nilai-nilai yang menyumbang kepada pembentukan kelakuan individu. Tambahan
pula, budaya sekolah ialah budaya yang dihasilkan oleh sebahagian pelajar dan
sebahagian lagi oleh golongan tertentu supaya aktiviti pelajar dapat dikawal. Contohnya,
budaya belajar, budaya berpakaian, budaya hormat-menghormati dan budaya
berpakaian dan sebagainya.
2.0 Isi penting
Tiga isi penting yang telah saya pelajari
dalam topik ini adalah berkaitan pelajar diberi pendedahan menegnai penilaian
berasaskan budaya supaya pelajar dapat melengkapkan diri untuk berdepan dengan
pelajar pelbagai budaya. Selain itu, pelajar akan lebih bersedia mewujudkan
satu persekitaran pembelajaran yang mesra budaya antara satu dengan yang lain.
Seterusnya, kriteria-kriteria fizikal umum
untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesradari segi fizikal iaitu
terdapat meja dan kerusi yang sesuai dengan murid dan boleh diubah suai
mengikut keperluan aktiviti. Selain itu, mencat dinding dengan warna-warni yang
ceria dan lembut bagi mewujudkan suasana yang harmoni. Hal ini, pembelajaarn
dalam persekitaran fizikal yang mesra buday akan merangsang pelajar untuk
menimba ilmu secara berkesan. Tambahan pula, menyusun atur tempat duduk semula
para pelajar dalam bilik darjah supaya dapat mweujudkan kesemarataan taburan
diantara para pelajar dari pelbagai kumpulan etnik dikelompokkan dalam satu
kumpulan.
Dari segi sudut-sudut pembelajaran dan bacaan,
sudut-sudut ini dapat mendedahkan para pelajar kapada pelbagai agama, adat
resam, kebudayaan serta kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini. Secara
tidak langsung para pelajar dapat memupuk nilai-nilai murni seperti sabar,
toleransi serta hormat-menghormati yang merupakan komponen penting untuk
mewujudkan perpaduan kaum. Guru juga harus mewujudkan sudut-sudut sejarah dan
patriotik dimana sudut-sudut ini akan menyedarkan pelajar betapa pentingnya
perpaduan antara kaum-kaum dari pelbagai latar belakang etnik untuk mewujudkan
sebuah negara yang aman dan makmur. Secara tidak langsung perkara ini akan
mewujudkan satu suasana mesra budaya dalam bilik darjah.
Selanjutnya, peranan guru sebagai ’Physical
Enviroment Designer’. Para guru perlu mengambil perhatian terhadap kepelbagaian
dan perbezaan individu dalam bilik darjah. Antara ciri yang perlu diambil
perhatian termasuklah guru perlu mengetahui laatr belakang murid terlebih
dahulu serta perlu faham dengan lebih mendalam perasaan setiap pelajar dan
perlu mengetahui latar belakang kebudayaan, agama dan adat setiap murid dengan
mendalam.
3.0 Rumusan
Kesimpulannya, guru sebagai penggerak dan
pendiorong, perancang dan memupuk semangat dan pembentukan sahsiah pelajar.
Bagi memenuhi tanaggungjawab ini, guru bukan hanya perlu memberi penenkanan
terhadap aspek bahan pengajaran yang dibawa ke dalam bilik darjah ataupun bilik
darjah. Pendidikan dilihat sebagai saluran untuk menyampaikan ciri-ciri
masyarakat dan kebudayaan ke dalam minda generasi muda. Hal ini bersesuaian
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam konteks pendidikan di Malaysia,
aspek kebudayaan dan masyarakat yang berbilang kaum, agama dan budaya.
BUKU:
Sang, S, M.
(1997).Pedagogi I Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah.Subang Jaya,
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Sang, S, M.
(2011). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Puchong, Selangor:
PENERBIT Multimedi Sdn Bhd.
No comments:
Post a Comment