1.0 Pengenalan
Pengurusan bermaksud satu proses sosial yang
dibentuk dan disususn bagi mewujudkan kerjasam, penyertaan, penglibatan
ahli-ahli dalam organisasi untuk mencapai objektif yang ditetapkan.
Penasihat
bermaksud ajaran atau tunjuk ajar, peringatan, melalui percakapan yang baik kepada seseorang
tentang pelbagai hal.
Murid pula bermaksud anak
orang, seseorang yang sedang berguru atau belajar di institusi iaitu sekolah. Menurut Engr Sayyid Khaim Husayn Naqawi yang dikutip oleh Abudin Nata,
menyebutkan, bahwa kata murid berasal dari bahasa arab, yang artinya orang yang
menginginkan (the willer). Menurut Abudin Nata pula, kata murid
diartikan sebagai orang yang menghendaki untuk mendapatkan ilmu pengetahuan,
ketrampilan, pengalaman dan kepribadian yang baik sebagai bekal hidupnya agar
bahagia dunia dan akhirat dengan jalan belajar sungguh-sungguh.
2.0 Isi penting
Tiga isi penting yang telah saya pelajari
dalam topik ini adalah berkaitan tujuan penasihat ialah memberi bimbang kepada
para pelajar untuk membantu mereka mencapai akedemik dan bertujuan pemilihan
kerjaya pada masa akan datang serta pembentukan sahsiah dan kemahiran sosial. Nasihat
merupakan suatu panduan dan pandangan mengenai sesuatu isu atau permasalahan
yang berlaku. Para penasihat menggunakan pendekatan kaedah lisan atau fizikal
untuk membantu seseorang menentukan matlamat kehidupannya.
Strategi dan
teknik penasihatan juga dilakukan sama ada melalui pendekatan afektif iaitu
menggunakan kerusi kosong dan raptai. Selain itu, pendekatan behavioural latihan bertenang melalui maklum balas,
program pengurusan kendiri dan mengajar kawalan badan serta pendekatan kognitif iaitu mempertikai, membahas, mencabar, mengajar
dan menjelaskan sesuatu keadaan. Seterusnya, fungsi mentoring pula terbahagi
kepada fungsi psikososial iaitu membini membina kepercayaan interpersonal dan
termasuk tingkah laku yang meningkatkan identiti, harga diri dan keberkesanan
diri. Fungsi karier pula, membimbing proteges dengan mempelajari tingkah laku
untuk melakukan sesuatu yang asas untuk melakukan sesuatu perkara.
3.0 Rumusan
Tuntasnya, penasihatan merupakan salah satu
daripada beberapa cara untuk membantu individu yang sedang menghadapi masalah
dengan memberiakan nasihat bagi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan
individu yang terlibat serta mengajar
individu tersebut untuk berfikir dan bertindak secara waras. Khidmat nasihat di
sekolah ini sangat penting bagi semua para pelajar kerana, pelajar memerlukan
bimbingan positif daripada seseorang yang berpengalaman selain daripada ahli
kelurga. Oleh itu, pengurusan penasihat murid ini sangat bermanfaat dilakukan
di sekolah.
BUKU:
Aminah Haji
Hashim. (1994). Keperluan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Menengah Satu
Tinjauan. Cheras Jaya, Selangor: Univerisit Pertanian Malaysia.
Meng A, E.
(1990). Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Petaling Jaya, Selangor:
Fajar Bakti Sdn Bhd.
No comments:
Post a Comment