1.0 Pengenalan
Pengurusan
bermaksud cara untuk mendapatkan sesuatu atau membuat penentuan ke atas
pengagihan sumber dan merupakan proses aktiviti tadbir untuk merancang,
mengorganisasi, memimpin dan mengawal sumber secara cekap dan berkesan ke arah
mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan. Manakala, sumber bermaksud segala
punca atau cara-cara tersedia yang ada pada diri individu itu, keluarga dan di
dalam persekitaran yang disedari atas potensinya atau kebolehannay memenuhi
permintaan. Jenis sumber yang dikatakan ialah manusia. Pengurusan sumber
bermaksud satu proses membuat keputusan bagi menjamin bekalan sumber yang
berterusan melalui usaha pemeliharaan dan pemuliharaan.
2.0 Isi penting
Terdapat tiga isi penting yang saya pelajari
daripada topik ini, jenis sumber terbahagi kepada bahan bercetak, bahan teknologi maklumat. Bahan
bercetak meliputi buku, majalah, jurnal, esiklopedia, surat khabar, buku
teks dan sebagainya. Sumber pengajaran dan pembelajaran ini telah diguna pakai
oleh guru sejak sekian lama kerana harganya yang murah. Manakala, bahan
teknologi maklumat digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran kerana
ramai pelajar yang menyukainya. Para guru mempunyai kemudahan yang luas dalam
menggunakan bahan teknologi maklumat ini kerana terdapat perisian-perisian percuma
yang disediakan oleh kerajaan di setiap sekolah di seluruh negara dan perisian
tersebut bertepatan dengan sukatan pelajaran yang sedia ada bagi kemudahan
guru dalam menyampaikan pengajarannya dan para murid menerima pengajaran
tersebut dengan lebih mudah dan tidak bosan.
Selain
itu, pembelajaran
berasaskan sumber ini sangat penting kerana, tanpa sumber ilmu
pengetahuan pelajar tidak akan berkembang disebabkan pelajar tersebut hanya
berfokus kepada guru sahaja. Pengajaran dan pembelajaran yang berasakan kepada
guru sahaja tidak mencekupi dalam konteks mendidik para pelajar serta dapat
membantu guru untuk menyampaikan ilmuagar lebih difahami oleh pelajar.
Fungsi pusat
sumber sebagai tempat
rujukan utama bagi kegiatan belajar dan mengajar. Para guru dan pelajar akan sentiasa membuat rujukan dan mencari bahan daripada perpustakaan. Para guru akan mencari bahan
yang bersesuaian bagimembuat persediaan dalam proses pengajaran di bilik darjah serta ungsi dan peranan pusat sumber juga berperanan sebagai tempatuntuk
mengisi masa lapnag
dengan melakukan
perkara yang berfaedah
dengan adanya
pusat sumber mereka terutamanya pelajar yang mempunyai masa yangterluang akan
mempunyai tempat bagi mengisi masa mereka.
3.0 Rumusan
Kesimpulannya, penggunaan sumber
yang digunakan oleh para guru dalam bidang pendidikan mampu meningkatkan
kefahaman pelajar terhadap
pengajaran yang telah diajar kepada mereka. Selain itu
juga, guru-guru dapat menyampaikan sesuatu pengajaran yang lebih berkesan
lagi berpandukan kepada sumber sebagai rujukan dalam membuat persedian mengajar.
Sumber manusia
merupakan aset terpenting dalam sesebuah organisasi di sekolah.
BUKU:
Sang, S, M.
(2011). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Puchong, Selangor: Penerbit
Multimedi Sdn Bhd.
Zaharah
Mohd Saleh. (1999). Pengurusan Sumber di Sekolah. Pahang Barat, Kuala
Lumpur: Rhythm Distributor Sdn Bhd.
No comments:
Post a Comment