Tuesday, December 11, 2018

TOPIK 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN


1.0 Pengenalan
Tingkah laku merupakan semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Selanjutnya, tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ. Perubahan tingkah laku merujuk kepada ketiga-tiga domian psikologi, iaitu perubahan fizikal (psikomotor), nilai dan moral (afektif) serta pemikiran (kognitif). Menurut gordon (2001: 18) pengurusan disiplin bilik darjah merupakan perkara yang penting dan amat sukar sekali bagi seseorang guru terutamanya guru baru. Kemampuan guru yang dapat mengawal sesetengah kategori pelajar bermasalah tingkah laku dan ada yang hanya mampu untuk kategori pelajar yang lain (campbell et al. 2004).

2.0 Isi penting
Terdapat tiga isi penting yang saya pelajari daripada topik ini yang pertama tingkah laku pelajar terbahagi kepada dua iaitu negatif dan positif seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.


            Seterusnya, jenis masalah yang sering berlaku di sekolah dalah seperti gejala buli, merokok, ponteng kelas, datang lewat, masalah ketagihan dan sebagainya. Masalah disiplin ini berkemungkinan besar berpunca daripada masalah keluarga. Hal ini kerana, keluarga merupakan orang yang terdekat dengan kita selain rakan karib. Keluarga memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi yang berakhlak mulia. Sekiranya ibu bapa tidak menjalankan tugas dengan baik, maka anak-anak mereka akan melalukan perbuatan yang tidak bermoral. Namun begitu, dalam konteks di Malaysia, terdapat undang-undang dan peraturan disiplin yang dipraktikkan di sekolah-sekolah seperti peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959, iaitu peraturan yang dibuat berdasarkan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 116, Ordinan Pelajaran 1957. Hal ini bertujuan mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar di sekolah.






3.0 Rumusan
            Kesimpulannya, pengurusan bilik pembelajaran yang baik tidak akan berlaku tanpa perancangan. Guru merupakan ‘role model’ dalam pengurusan bilik darjah. Hal ini demikian kerana, segala kelakuan yang seseorang guru itu lakukan akan diikuti oleh para pelajarnya sama ada berjaya ataupun tidak seseorang pelajar itu menerima pembelajaran adalah bergantung kepada kekreatifan guru menyampaikan maklumat atau sukatan pembelajaran tersebut. Tambahan pula, minat pelajar tersebut terhadap sesuatu pembelajaran adalah bagaimana guru tersebut mengurus bilik pemebelajaran yang terancang dan menarik. Oleh itu, guru memainkan peranan penting dalam mengatur strategi dalam mengurus bilik darjah bagi menarik minat pelajar untuk belajar serta tidak melakukan perkara yang tidak berfaedah.

BUKU :
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1988). Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru. Hulu Kelang, Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khalim Zainal. (2014). Pengurusan disiplin Pelajar Sekolah . Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

No comments:

Post a Comment

RUJUKAN

Kartini Karim. (2006). Kajian Amalan Pengurusan Ilmu dalam Pengurusan Sumber Manusia di Sektor Awam. Jurnal Pengurusan Awam, 105, 105-130...