1.0 Pengenalan
Pengurusan bilik darjah merupakan tindakan
yang diambil oleh guru untuk menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif bagi
pelajar. Cara pembelajaran dan pengajaran yang baik untuk meningkatkan
akademik, sosial dan emosi pelajar. Selain
itu, Pengurusan bilik darjah juga dikaitkan dengan pilihan guru untuk
mewujudkan suasana kelas yang seronok atau tidak bagi murid belajar. Menurut
Meng, E (1997 : 150), satu proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah
bilik darjah, serta galakan komunikasi dan interaksi antara murid. Penyusunan
fizikal bilik darjah merangkumi aspek penyusunan kerusi dan meja serta
peminjaman cukupnya cahaya dan udara untuk pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.
2.0 Isi penting
Terdapat tiga isi penting yang saya pelajari
daripada topik ini, guru berperanan sebagai pengelola, tujuan utama pengurusan
ini adalah untuk mewujudkan aktiviti pembelajaran. Hal ini demikian kerana, keberkesanan
pengajaran bergantung kpd kebolehan menggunakan kemahiran mengajar yang berjaya
dan memudahkan aktiviti pembelajaran para pelajar.
Selain itu, guru juga mengurus persekitaran
pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan ruang aktiviti secara
berkumpulan atau membuat simulasi disamping melaksanakan aktiviti pemebelajaran
di luar kelas bagi menarik minat pelajar untuk belajar serta mengelak daripada
pelajar dalam keadaan bosan semasa belajar. Guru perlu memastikan
sudut & ruang itu dikelola dalam keadaan yang kemas, teratur, selamat,
kondusif dan dilengkapkan dengan bahan-bahan yang sesuai dengan bahan alat
bantu mengajar atau info-info yang bermanfaat seperti nasihat.
Guru mengurus bilik darjah dengan
memastikan para pelajar menjalankan tugas-tugas mereka mengikut jadual bertugas
serta mengurus para pelajar supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah dan menguruskan
keadaan fizikal blik darjah supaya menjadi lebih kondusif utk aktiviti P&P.
3.0 Rumusan
Kesimpulannya, sebagai seorang
guru hendaklah mengetahui apakah itu pengurusan bilik darjah dan cara
menguruskannya supaya dapat mewujudkan suasana bilik darjah yang sesuai dan
kondusif mengikut peredaran masa. Selain itu, guru juga perlu bijak dalam pengurusan bilik darjah supaya tidak
wujud masalah dalam proses pegajaran dan pepbelajaran dan juga masalah disiplin
dalam bilik darjah.
BUKU:
Meng, E.
(1997). Pedagogi I Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah (SemesterII).Shah
Alam, Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd.
Meng, E.
(1994). Pedagogi I Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah Shah Alam, Selangor:
Fajar Bakti Sdn Bhd.
Sang, S, M.
(1997).Pedagogi I Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah.Subang Jaya,
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Sang, S, M.
(2011). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Puchong, Selangor:
PENERBIT Multimedi Sdn Bhd.
No comments:
Post a Comment