1.0 Pendahuluan
Pengurusan merupakan proses untuk menjawab persoalan tentang
sesuatu secara efektif dan efisien melalui dan dengan komuniti. Pengurusan
ditakrifkan sebagai satu seni bagi melaksanakan sesuatu kerja yang terancang
melalui pelaksanaan secara sistematik, teratur dan mengikut garis panduan
tertentu (Huslid, 2005). Seterusnya, pembelajaran dapat didefinisikan sebagai
suatu proses di mana suatu organisme berubah perilakunya sebagai akibat
pengalaman. Selain itu, belajar dan mengajar merupakan dua konsep yang tidak
dapat dipisahkan satu sama lain. Dua konsep ini menjadi lengkap dalam satu
kegiatan di mana terjadi interaksi antara guru dengan murid, serta murid dengan
murid pada waktu pembelajaran dijalankan.
Proses pengajaran
dan pembelajaran merupakan elemen penting dalam memastikan para pelajar dapat
mengikuti isi kandungan subjek yang disampaikan. Sharifah Alwiah Alsagoff
(1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan
pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula
mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan.
Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi
mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Kaedah pengajaran yang
baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta
objektif yang tepat dan boleh dicapai.
2.0 Isi penting
Tiga isi penting yang saya pelajari ialah guru
yang profesional haruslah mampu menguasai dan mengurus 7 jenis pengetahuan
iaitu pengetahuan tentang pelajar, pedagogi, pengetahuan tentang kurikulum,
konten-pedagogi, kandungan mata pelajaran yang diajar dan konteks pendidikan di
Malaysia serta mengetahui tujuan dan falsafah pendidikan di Malaysia.
Seterusnya, berkaitan prinsip pembelajaran pula
melalui latihan para pelajar mampu mengaplikasi apa yang telah dia pelajari dan
dapat mengukuhkan pengetahuan yang diterima daripada apa yang guru tersebut
ajar. Manakala melalui prinsip bermatlamat pengajaran yang difokuskan
memudahkan para pelajar mengikuti cara secara teratur dan sistematik dari
peringkat senang ke peringkat yang sukar. Penglibatan aktif para pelajar dalam
proses pengajaran dan pembelajaran sangat diperlukan bagi menceriakan lagi
suasana pengajaran. Konduksif suasana yang ceria dan harmoni mempengaruhi
keselesaan dari segi minda, fizikal emosi dan rohani para pelajar.
Seterusnya, guru perlu melakukan persiapan awal
seperti memahami isi kandungan, persediaan bahan serta memahami latar belakang
pelajar bagi memudahkan proses p&p berlangsung. Guru perlu mengkaji murid
dengan menganalisis terhadap minat para pelajaran terhadap situasi belajar
serta mengasah bakat mereka. Unsure dorongan sebegini mampu meyakinkan para
prlajar dan mengelakkan daripada merendahkan keupayaan pelajar dengan memberi
pujian melalui kata-kata positif.
Faktor mempengaruhi kesediaan pelajar pula,dapat
dilihat melalui kematangan fizikal para pelajar yang berupaya dari segi
kognatif, afatif dan kemahiran. Para pelajar perlu mengekalkan minat untuk
memberi tumpuan semasa guru mengajar. Dorongan yang diberikan oleh guru kepada
murid-murid mampu mengekalkan minat mereka untuk belajar pelajaran tersebut.
Tambahan lagi, sosial dan persekitaran dapat digunapakai oleh guru untuk mengajar
para pelajar untuk sedia menerima orang lain, prihatian terhadap sekitar dan
tidak egosentrik.
“Maksud
kesediaan belajar. Kesediaan merupakan kata adjektif atau kata sifat yang mengambarkan telahada siap, lengkap,
dapat, berkebolehan dan keinginan. Manakala, belajar merupakan kata kerja yang
menunjukkan perlakuan bagi mendapat, memperolehi, dan menambah serta mengetahui
sesuatu ilmu pengetuhuan, kepandaian dan kecekapan”.
3.0 Rumusan
Kesimpulannya,
para guru perlulah menguasai 7 jenis pengetahuan bagi menjayakan proses
pengajaran dan pembelajarn di dalam kelas. Guru-guru juga perlu menjalankan
tanggungjawab mereka secara bersistematik berdasarkan panduan yang disebutkan
dalam pengurusan dan pembelajaran. Antara perkara yang perlu dilakukan oleh
guru dalam pengurusan dan pembelajaran ialah menyediakan rancangan pegajaran
iaitu Rancangan Pengajaran Harian (RPH), menentukan objektif pengajaran dan
pembelajaran, menggunakan sumber pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian,
membuat perancangan dan pelaksanaan penyampaian dan membuat perancangan dan
pelaksanaan penilaian lanataran itu juga, guru wajib mengenal pasti dan
mengetahui latar belakang para pelajar bagi memudahkan mereka menjalan proses
p&p berjalan dengan lancar. Oleh
itu, panduan rpH yang dibuat ini sangat penting semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung
kerana mampu meningkatkan kecemerlangan para pelajar.
BUKU :
Abdullah Sani Yahyaya. (2007). Mengurus Sekolah. Bayu Caves,
Kuala Lumpur: Publising Sdn. Bhd
No comments:
Post a Comment