1.0 Pendahuluan
Pengurusan ditakrifkan sebagai satu seni bagi melaksanakan sesuatu
kerja yang terancang melalui pelaksanaan secara sistematik, teratur dan
mengikut garis panduan tertentu (Huslid, 2005). Selain itu, Pengurusan merupakan
aspek penting dalam
sesebuah organisasi. Malah ia
penting dalam sesebuah institusi atau sektor. Pengurusan yang baik dan cekap
akan melahirkan sebuah organisasi yang maju dan berdaya saing. Pengurusan yang
baik juga memberi kesan positif kepada seisi kakitangan dalam sesebuah
organisasi itu. Selain itu juga, pengurusan pengajaran ini melibatkan proses
perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha para ahli
organisasi dan menggunakan semua sember organisasi secara cekap dan berkesan
bagi mencapai matlamat organisasi.
“Seterusnya definisi pengajaran merupakan Pengajaran ialah sesuatu
tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Tanpa
salah satu daripadanya pengajaran tidak akan berlaku. Pengajaran dirancang oleh
guru secara sistematik dengan menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai bagi
mencipta lingkungan yang memungkinkan terjadinya proses belajar. Hasil daripada
pengajaran berlakulah perubahan yang secara relatifnya kekal sama ada dalam
bentuk yang eksplisit ataupun implisit (Shababuddin et al. 2003)”.
Pembelajaran adalah usaha sadar guru untuk membantu siswa atau anak
didik, agar mereka dapat belajar sesuai dengan minatnya. Seterusnya, Inti dari
pembelajaran itu adalah segala upaya yang dilakukan oleh guru atau pendidik
agar terjadi proses belajar pada diri siswa. Secara implisit, di dalam
pembelajaran, ada kegiatan memilih, menetapkan dan mengembangkan metode untuk
mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan. Pembelajaran lebih menekankan
cara-cara untuk mencapai tujuan dan berkaitan dengan bagaimana cara
mengorganisasikan pelajaran, menyampaikan pelajaran dan mengelola pembelajaran.
2.0 Isi penting
Tiga topik penting yang saya pelajari dalam topik ini ialah
berkaitan gaya pemebelajaran yang utama ialah yang pertama gaya pembelajaran
visual dimana yang ini menerangkan jenis pelajar yang mempunyai cara tersendiri
untuk belajar.
“Dalam gaya pembelajaran ini, murid belajar lebih baik dengan
melihat sesuatu teks berbentuk perkataan dalam buku, di
papan hitam atau paparan komputer. Mereka lebih mengingati dan memahami arahan
dan penerangan menerusi pembacaan ayat atau teks berkenaan. Murid “visual” tidak memerlukan penerangan lisan seperti murid “auditori”
tetapi mereka selalunya dapat belajar melalui pembacaan. Murid
“visual” selalunya menulis nota syarahan dan
arahan lisan jika mereka hendak mengingati sesuatu
(Murdoch Teacher Center, 1984)”.
Terdapat
pelajar yang jenis gemar belajar dengan huruf atau gambar rajah, teks hal ini
memudahkan mereka untuk memahami isis kandungan yang ingin disampaikan oleh
guru tersebut. Seterusnya, terdapat pelajar yang lebih cenderung mempelajari
sesuatu dengan melihat teks yang sedia ada dan lebih suka membelajari melalui
penglihatan. Pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran ini hanya perlu menulis
nota apabila memgingati sesuatu dan tidak perlu penerangan lisan. Sebagai
contoh, semasa dalam kelas, pelajar menyalin semula nota yang diberi oleh guru
dan cuba membuat rujukan berbentuk teks dan gambar untuk menambahkan
pengetahuannya terhadap pembelajaran.
Gaya seterusnya gaya pembelajaran auditori merupakan jenis pembelajaran yang menekankan pendengaran perkataan dan arahan lisan
daripada guru. Dalam situasi ini,
para pelajar perlu mengingati penerangan melalui bacaan kuat atau menggerakkan
bibir ketika mempelajari sesuatu. Sebagai contoh, pelajar yang menggunakan
jenis pembelajaran ini akan mengukuhkan ingatan dalam mendengar semula rakaman
pita audio dan juga mengajar pelajar lain serta membincang dengan guru.
Selain itu
gaya pembelajaran kinestetik pula tertumpuh kepada pembelajaran para pelajar dimana dapat belajar melalui
gerakan-gerakan untuk mengingati informasi ke dalam otaknya. Pelajar yang mengamalkan jenis pembelajaran ini,
memerlukan bahan-bahan pembelajaran yang konkrit untuk membantu mereka mengingati
sesuatu. Tambahan pula, pelajar jenis pembelajaran ini
gemar menyentuh dengan bidang objek yang digemari kerana mereka suka terhadap
bidang yang dapat memberi pengalaman yang realiti kepada mereka.
“Dalam gaya pembelajaran ini, murid “kinestetik”
belajar dengan baik melalui pengalaman dan mengambil bahagian secara fizikal
dalam aktiviti bilik darjah. Mereka dapat mengingati sesuatu dengan baik
apabila mencuba terus aktiviti melalui hands-on.
(Murdoch Teacher Center, 1984)”.
Implikasi
gaya pembelajaran terhadap pengajaran dan pembelajaran ini dapat membantu guru
memahami perkembangan dan penguasaan pelajar terhadap pengajaran dan
pembelajaran yang disampaikan. Selain itu, membantu guru menjadi lebih sensitif
terhadap perbezaan gaya pembelajaran setiap pelajar di sekolah. Malah, juga
dapat membantu guru mencipta pengalaman dan menjadi satu panduan untuk
merancang pengajaran yang sesuai bagi pelajar serta dapat meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
3.0 Rumusan
Tuntasnya, pengurusan pengajaran dan pembelajaran melibatkan proses-proses seperti merancang,
melaksana, menilai dan membuat tindakan susulan termasuk penambahbaikan
terhadap pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira
latarbelakang pelajar, dan kepelbagaian perbezaan dari segi kognitif,
sosial, emosi dan fizikal pelajar. Lantaran itu, ciri-ciri seorang pengurus
pengajaran dan pembelajaran berkesan termasuk prihatin dan peka terhadap
situasi sekeliling; sistematik dalam merancang dan menilai; penyabar menghadapi kerenah pelajar pelbagai
latar belakang, mengurus masa dengan baik dan
mempunyai kemahiran abad ke 21. Oleh itu, guru perlu mengambil kira semua aspek kepelbagaian
budaya apabila mengurus pengajaran dan pembelajaran dalam semua
peringkat pengajaran.
BUKU :
Mulyono Abdurrahman. (2003).
Pendidikan bagi anak kesulitan belajar. Jakarta: Pusat Perbukuan
Department Pendidikan dan Kebudayaan.
Omar Ashaari. (1996). Pengurusan Sekolah. Kuchai Lama, Kuala
Lumpur: Utusan Publications Sdn Bhd.
No comments:
Post a Comment