1.0 Pengenalan
Umumnya, Pengurusan bermaksud proses sosial
yang dibentuk untuk memberikan kerjasama, penglibatan, campur tangan dan
penyertaan orang lain ke arah pencapaian yang lebih berkesan terhadap sesuatu
objektif yang ditetapkan. Manakala,
murid pula bermaksud seseorang yang menuntut ilmu, orang atau anak yang
sedang belajar atau berguru di sesebuah sekolah. Jaafar Muhammad (1998) mendefinisikan pengurusan
sebagai satu proses mengagihkaninput-input organisasi dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan
dan pengawalan bagi tujuan untuk mengeluarkan output (perkhidmtan) yang diperlukan oleh
pelanggan supaya objektif organisasi tercapai.
2.0 Isi penting
Terdapat tiga isi penting yang saya perolehi
dalam topik ini. Memotivasikan pelajar merupakan bantuan yang dilakukan melalui
guru terhadap muridnya dengan melafazkan kata-kata semangat kepada pelajar
untuk sentiasa bersungguh-sungguh dalam mencapai cita-cita mereka. Motivasi pula ialah penggerak yang melibatkan proses membangkit,
mengekal dan mengawal minat (Bernard, H.W. 1965 dalam Kamaruddin Hussin, 1993).
Motivasi sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran
kerana ia dapat menentukan hala tuju dan keberkesanannya.Terdapat dua jenis peneguhan motivasi iaitu
sama ada positif atau negatif. Peneguhan positif adalah mendorong para pelajar
untuk mencapai matlamat dan hasil pembelajaran yang ditetapkan oleh guru.
Misalnya, memberi pujian atau penghargaan pelajar dengan satu gelaran yang
baik. Manakala, peneguhan negatif pula, dapat membantu mengelakkan tingkah laku
negatif yang boleh menghalang kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran
seperti mengasingkan tempat duduk pelajar yang mempunyai masalah dalam tingkah
laku.
3.0 Rumusan
Tuntasnya, pengurusan rekod murid merupakan sesuatu
yang amat penting dalam sesebuah sekolah kerana melalui pengurusan rekod ini sesuatu pentadbiran
di sekolah akan berjalan dengan lancar. Tambahan pula, setiap komuniti sekolah memainkan peranan
yang penting dalam penjagaan rekod murid. Hal ini kerana, rekod pelajar
merupakan cara terbaik dalam membentuk sahsiah pelajar kea rah yang lebih baik
dan mampu meningkatkan prestasi akademik mereka dengan lebih cemerlang serta berkesan.
Oleh itu para guru dan ibu bapa perlulah bertanggungjawab dalam mambantu pihak
sekolah dalam menguruskan rekod pengurusan murid.
BUKU :
Omardin Ashaari. (1996). Pengurusan Sekolah. Kuchai Lama,
Selangor: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Burnham, W.
(2007). Mengurus Kualiti di Sekolah. Taman Putera, Johor: Institusi
Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
Kementerian
Pendidikan Malaysia. (1988). Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk Guru
Besar dan Guru. Hulu Kelang, Selangor: Dewan Bahasa dan pustaka.
No comments:
Post a Comment