Tuesday, December 11, 2018

TOPIK 12: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA


1.0 Pendahuluan
Menurut Snell. B (2000), pengurusan adalah proses bekerja dengan orang dan sumber bagi mencapai sesuatu matlamat sesebuah organisasi. Pengurusan juga adalah proses bekerja dengan orang dan sumber bagi mencapai sesuatu matlamat sesebuah organisasi. Manakala pelajar yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli audiologi, ahli optik atau ahli psikologi sebagai pelajar yang mempunyai ketidakupayaan dalam mendengar, melihat, bertutur, ketidakupayaan fizikal serta masalah dalam pembelajaran atau sebarang kombinasi ketidakupayaan.
Pelajar yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli audiologi, ahli optik atau ahli psikologi sebagai pelajar yang mempunayi ketidakupayaan dalam mendengar, melihat, bertutur , ketidakupayaan fizikal serta masalah dalam pembelajaran atau sebarang kombinasi ketidakupayaan (Kementrian Pendidikan Malaysia, 2018).

2.0 Isi penting
Terdapat tiga isi penting yang saya pelajari dalam topik ini iaitu, masalah pembelajaran Murid pelbagai upaya daripada sekolah Menengah Kebangsaan Serendah ini terdiri daripada murid yang mempunyai autisme, sindrom down, hyperactive dan masalah pembelajaran. Organisasi fizikal iaitu susunan kelas dari segi penampilan kelas, penggunaan ruang kelas, pencahayaan serta hiasan dinding dan ruang penyimpanan barang mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Memerlukan suasana pembelajaran yang berbeza kerana murid-murid tersebut mudah bosan dengan suasana pembelajaran yang biasa. Guru Pendidikan khas perlu mencari insiatif bagi menarik perhatian murid untuk belajar di dalam kelas.


Seterusnya, kecerdasan interpersonal individu yang memiliki kecerdasan ini biasanya memiliki kebolehan dalam berkomunikasi dan berinteraksi dengan baik. Mudah menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi yang ada, mereka lebih disenangi dalam kelompok masyarakat. Selain itu, kecerdasan intrapersonal kecerdasan ini mempunyai kebolehan dalam menilai diri sendiri dan mempunyai gambaran yang tepat tentang diri sendiri, berpengetahuan kendiri, serta mempunyai kesedaran terhadap perasaan dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan serta kemampuan dalam mendisiplinkan diri serta membentuk jati diri.

3.0 Rumusan
Kesimpulannya, pelajar pelbagai upaya ini perlu diberi perhatian khusus daripada guru. Guru perlu bersabar dalam mengajar pelajar-pelajar ini kerana mereka tidak seperti pelajar normal yang lain yang boleh menerima maklumat daripada guru dengan mudah. Selain itu, guru juga perlu sentiasa melibatkan pelajar pendidikan khas dengan pelajar normal di sekolah.

BUKU:
Barratt, S, J. (2008). The Special Education’s Tool Kit. New Deldhi, India: Sage Publications India Prt Bld.
Hannah Sulaiman & Farrah Dina Yusop. (2006). Mendidik Anak Genius. Batu Caves, Selangor: Pts Millenia Sdn Bhd.
Mulyono Abdulrrahman. (2003). Pendidikan Bagi anak Berkesulitan Belajar. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembukuan Department Pendidikan & Kebudayaan.
Wearmouth, J. (2012). Special Educational Needs: the Basics. London, New york: Routledge.
Yasmin Hussin. (2013). Terapi dalam Pendidikan Khas. Ampang, Selangor: Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd.

No comments:

Post a Comment

RUJUKAN

Kartini Karim. (2006). Kajian Amalan Pengurusan Ilmu dalam Pengurusan Sumber Manusia di Sektor Awam. Jurnal Pengurusan Awam, 105, 105-130...