1.0 Pendahuluan
Organisasi merupakan suatu sistem aktiviti kerja sama yang
dilakukan oleh dua orang atau lebih. Selain itu juga, organisasi adalah sekelompok orang (dua atau lebih) yang secara formal dipersatukan
dalam suatu kerjasama untuk mencapai tujuan yang telah ditetapkan. Manakala,
kepimpinan bermaksud proses
pengarahan tingkah laku orang lain ke arah penyempurnaan sesuatu objektif.
Pengarahan bermaksud seseorang individu bertindak mengikut cara tertentu atau
mengikut sesuatu seperti polisi, organisasi, tatacara dan deskripsi kerja.
Menurut Jamaliah Abdul Hamid (2005: 65), kepimpinan adalah daya
mempengaruhi tingkah laku seseorang itu sehingga menyebabkan ia sanggup memberi
kerjasama untuk mencapai sesuatu matlamat yang dipersetujui. Dalam konteks
kepimpinan sesebuah komuniti, kepimpinan ditarifkan sebagai daya pengaruh ke
atas tingkah laku seseorang untuk mencapai matlamat bersama dengan menggunakan
sisitem dan sumber yang diiktiktirafkan oleh komuniti tersebut. daripada tariff
tersebut, dapat diperlihatkan juga bahawa kepimpinan sebenarnya adalah pengaruh
seseorang yang dibenarkan tau diterima oleh pengikut atau subordinatnya kerana
kewujudan peruntukan atau kesefahaman tentang peranan dan kuasa pemimpinan di
dalam sesebuah sisitem tersebut.
2.0 Isi penting
Tiga isi penting yang saya pelajari dalam topik ini ialah
kepimpinan peringkat sekolah terbagai kepada 5 komponan. Pengetua yang
berperanan merancang dan menyelia pengurusan kurikulum dan membimbing warga
sekolah. Penolong Kanan Pentadbiran merancang dan menyedia jadual waktu
dan guru ganti serta menyedia dan menganalisis keputusan perangkaan keputusan
peperiksaan. Penolong Kanan HEM mengurus pendaftaran dan penyaluran
mutird dan menyelaraskan tugas dan aktiviti lembaga Disiplin Murid dan Badan
Pengawas sekolah. PK Ko Kurikulum merancang pembangunan kokurikulum dan
menyelaras semua kegiatan-kegiatan persatuan, kelab dan persatuan unit
beruniform. Guru Kanan Bidang mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa
mata pelajaran dan menyelaraskan rancangan palajaran tahunan serta menyemak
buku latihan murid secara rawak.
Seterusnya, jenis-jenis gaya kepimpinan pertama transformasional
merupakan gaya dimana pekerja diberi kuasauntuk menjjalankan tugas yang
tertentu serta diberi kuasa untuk membuat kepetusan setelah mereka benar-benar
mahir. Kedua kepimpinan transaksional ialah pemimpin yang mempunyai autoriti
dan tanggungjawab yang formal dalam sesebuah organisasi. Mereka akan menetapkan
beberapa kriteria yang perlu dipatuhi oleh pekerjanya. Ketiga kepimpinan jenis
instruksional, gaya ini memerlukan ketua untuk menetapkan matlamat yang jelas,
mengurus kurikulum, memantau rancangan pelajaran, memperuntukan sumber dan
menilai guru secara teratur. Pengetua dan guru akan sentiasa berbincang tentang
cara kerja mereka untuk menjadikannya lebih baik.
3.0 Rumusan
Tuntasnya, kepimpinan dan organisasi amat pebting bagi membangunkan
sesebuah organisasi. Di dalam organisasi ada ahli-ahli (para guru) yang
menyokong dan memberi bantuan serta menguti arahan pemimpinnya (pengetua) dalam
melaksanakan sesuatu perkara di dalam sekolah atau di luar kawasan sekolah. Dalam
hal ini, pengetua berperanan sebagai pemimpin, setiap guru mempunyai peranan
masing-masing semasa berada di sekolah.
BUKU :
Abdul Rahman
Abdul Majid. (2010). Kepimpinan dan Penyeliaan Instruksional. Pusat
Bandar Puchong: Multimedia Sdn. Bhd.
Ibrahim Mamat.
(2001). Pengetua Sekolah Menangani Isu dan Cabaran Kepimpinan. Subang
Jaya, Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Jamaliah Abdul
Hamid & Norashimah Ismail. (2005). Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan.
Shah Alam, Selangor: Universiti Putra Malaysia 2005.
No comments:
Post a Comment