Tuesday, December 11, 2018

TOPIK 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN


1.0 Pendahuluan
Abdullah Sani Yahaya (2007: 1) menurut Akta Pendidikan, sekolah boleh ditakrifkan sebagai satu tempat di mana sepuluh atau lebih orang murid biasa diajar sama ada di dalam sebuah atau lebih bilik darjah tetaoi tidak termasuk mana-mana tempat di mana terhadd kepada pelajaran Islam sahaja.
Seterusnya, sekolah merujuk kepada tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran. Sekolah juga selalu dikenali sebagai pusat penyebaran ilmu untuk mendidik. Manakala, persekitaran membawa maksud kawasan disekeliling suatu tempat. Persekitaran sekolah merujuk kepada suasana dalam sekolah dan masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah. Persekitaran sekolah sangat mempengaruhi perkembangan pelajar di sekolah.

2.0 Isi penting
Terdapat tiga isi penting yang saya perolehi daripada topik ini iaitu berkaiatn ciri-ciri kelas yang konduktif merupakan hubungan saling menghormati antara guru dengan para pelajarnya. Selain itu juga, kesukaran pelajar-pelajar yang menerima aspirasi dan peraturan kelas yang diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah serta perasaan kekitaan yang timbul diantara para pelajar dan guru-guru sebagai sebuah keluarga yang mesra dan bahagia.


Seterusnya ialah hubungan sekolah dengan masyarakat, sekolah meruapakan satu sistem sosial yang tersendiri dan menjadi agen perubahan kepada massyarakat dan persekitaran. Sekolah memberi peluang kepada manusia khasnya generasi muda untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Sekolah juga mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku pelajar mengikut aliran dan kehendak masyarakat. Selain itu, sekolah merupakan sebagai sesebuah organisasi yang dinamik, terbuka dan kompleks serta mewujudkan hubungan saling bergantung dengan pihak luar.
Selanjutnya, peranan sekolah kepada masyarakat, sekolah melibatkan proses sosiolisasi dimana kanak-kanak belajar tentang perlakuan masyarakatnya dan menjadikan perlakuab ini sebagai daripada tingkah laku mereka. Pendidikan dianggap sebagi satu proses membentuk manusia yang sangggup berfikiran secara kreatif dan kritis. Latihan pula dilihat sebagai memberi kemahiran teknikal dan psikomotor. Persekolahan yang berorganisasi memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan budaya ilmu yang dianggap sesuai dalam norma masyarakat.

3.0 Rumusan
Tuntasnya, hubungan antara sekolah dan masyarakat serta hubungan antara guru dan ibu bapa dapat membantu mencapai matlamat sekolah malah pelajar juga turut mendapat faedah yang sangat berguna iaitu peningkaatn daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI).

BUKU:
Omardin Ashaari. (1996). Pengurusan Sekolah. Cheras, Selangor: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Abdullah Sani Yahyaya. (2007). Mengurus Sekolah. Batu Caves, Selangor: Publising Sdn Bhd.
Anwar Jasin. (1996). Pembelajaran Efektif. Palmerah Selatan, Jakarta: Pt Grameta.

No comments:

Post a Comment

RUJUKAN

Kartini Karim. (2006). Kajian Amalan Pengurusan Ilmu dalam Pengurusan Sumber Manusia di Sektor Awam. Jurnal Pengurusan Awam, 105, 105-130...