1.0 Pengenalan
Strategi merupakan ilmu tentang cara-cara
merancang secara teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Konsep
pengurusan bilik pembelajaran ialah guru sebagai pengurus mengurus rutin bilik
pembelajaran, mengurus murid-murid
supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti membersihkan
bilik darjah, mengurus murid agar mematuhi segala peraturan yang telah
ditetapkan dalam bilik-bilik pembelajaran, mengurus bahan bantu mengajar supaya
dapat digunakan dengan berkesan dan mengurus aktiviti kumpulan supaya
dilaksanakan dengan mengikut rancangan serta mengurus keadaan fizikal bilik darjah
atau pun bilik darjah yang lain selepas digunakan supaya menjadi lebih kondusif
untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Menurut James Ang (2014), pengurusan bilik
darjah ini merupakan usaha-usaha mengendalikan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan cekap dan berkesan di sekolah. Menurut Meng. E (1997: 63)
pula, konsep bilik darjah ditafsirkan mengikut fungsi pendidikan atau ciri
penyusunan fizikal. Oleh itu, tempat-tempat seperti sebuah bilik yang
mengandungi sekumpulan pelajar di bawah jagaan seorang guru, sebuah padang yang
sedang menjalankan ujikaji dalam sebuah makmal sains, sekumpulan murid sedang
menonton program televisyen pendidikan di pusat sumber, boleh digolongkan di
bawah konsep bilik darjah.
2.0 Isi penting
Terdapat tiga isi penting yang saya pelajari
daripada topik ini, yang pertama faktor mempengaruhi bilik darjah terbahagi
kepada faktor sosial iaitu merujuk kepada hubungan anatara keperluan emosi
individu dan persekitaran sosisalnya. Faktor yang memberi kesan kepada
persekitaran psikososial yang memberi kesan kepada persekitaran psikososial
yang sihata ialah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk
komunikasi dan corak interaksi yang diwujudkan. Selain itu, faktor emosi
merupakan gaya kepimpinan (autoritarian) iaitu mengawal pelajar melalui
ganjaran dan hukuman. Hal ini wujud suasana tertekan dan tidak konduksif semasa
berada dalam kelas.
Seterusnya, peranan guru dalam bilik darjah. Seseorang guru perlu mempelajari mengenai
latar belakang pelajar yang berada di dalam bilik darjahnya. Guru sekadar
menegetahui nama para pelajarnya sahaja tetapi lebih dari itu ia perlu mengenali
mereka. Melalui mengetahui maklumat pelajar ini, memudahkan para pelajar untuk
merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Tamabahan pula,
guru juga perlu merancang persekitaran bilik darjah. Persekitaran fizikal bilik darjah mestilah
menarik dan konduksif. Hiasan bilik darjah perlulah dititikberatkan untuk
keselesaan semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Selanjutnya,
jenis gaya pengajaran guru di dalam kelas terbahagi kepada visual. Guru haruslah
mengenal pasti pelajar yang memiliki gaya belajar visual yang cenderung belajar
melalui hubungan penglihatan. Guru boleh menggunakan alat bantu mengajar
melalui media dengan meminta pendapat para pelajar mengenai apa yang
disampaikan oleh media tersebut. Contohnya, buku, majalah, peta dan lain-lain.
Selain itu, auditori. Guru perlu melihat tahap pelajar yang lebih cenderung
menggunakan pendengaran sebagai saranan dalam mencapai keberkesanan dalam
belajar. Gaya belajar auditori ini bersifat eksternal dengan cara mengeluarkan
suara atau bunyi. Mereka dapat belajar dengan cara merakam, perbincangan, mendengar
muzik atau kerja kumpulan.
3.0 Rumusan
Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah yang
baik tidak akan berlaku tanpa perancangan. Jelaslah bahawa pengurusan bilik
darjah merupakan tugas penting yang memerlukan pengetahuan, kemahiran serta
kesabaran bagi memperoleh kesan yang maksimum. Selain itu, guru perlu mendapat
maklumat secukupnya tentang bilik darjah berkenaan. Persediaan JERISAH
(Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sosialisasi, Alam, Hamba-Allah) guru yang
lengkap akan membolehkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan jaya,
ceria dan cemerlang.
BUKU:
Meng, E.
(1997). Pedagogi I Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah (SemesterII).Shah
Alam, Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd.
Meng, E.
(1994). Pedagogi I Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah Shah Alam,
Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd.
Sang, S, M.
(1997).Pedagogi I Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah.Subang Jaya,
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Sang, S, M.
(2011). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Puchong, Selangor:
PENERBIT Multimedi Sdn Bhd.
No comments:
Post a Comment